www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from NAZRI AHMAD. Make your own badge here.
Hello, and welcome to NAZRI AHMAD The Images!
I proudly welcome blog stalkers and even you blog lurkers, too. If it's your first time visiting, enjoy your time here and please come by again.
I always up to new things and I would love to share them with you. If you're a regular. welcome back!

Feel free to leave your thoughts and comments. Thanks for checking in and for visiting my blog! :)

* Click OLDER POSTS at the bottom of this page for previous entry
____________________________________________________________________________________________________________________

Bukak Posa Nurul Seafood Batu Uban Penang

Monday, September 29, 2008 | |

Smlm, Ahad, sepatutny aku n geng2 sekolah ada reunion..tp reunion kami yg rapat ja la ada la dlm 6 7 org.Then ada sorg buat spoil ckp xjd plak, troih yg lain2 fedup..aku ni dh la dh habaq kt wife aku yg ahad ni kita akan mkn ikan bakaq kt penang..aku pn decide la kn p jgk ni, nti dia kempunan..dh la 2 3 hr sblm tu dia dok rayan mcm2 nk mkn ikan nu ikan ni..( alhamdulillah ms mengandung ni dia xpnh mengidam yg pelik2 n susah nk cr..Lv u Mrs Wifey )..utk tidak menghampakn wife, aku p jgk turut disertai adik ipaq aku yg kuat mkn tuu.. ( la ni dh cuba2 bertudung, Alhamdulillah )


On the way, atas bridge one of my partner in crime--razni aka opets--( former lyrical expressionist for Legalnorth, la ni dh jd lecturer ) call n nk join skali.so jd berlima la kami kemaren..( sbb dia bwk org baru!---br awek, xkawen lg..umuq muda plak tuu 20!hehehe dasat hg razni oi )





Abes mkn ja trs bergegas ke Masjid Negeri utk menunaikn kewajipan pada Yang Maha Esa..
Solat maghrib n isyak.
Pas solat tu trs p Hospital Penang utk ziarah rakan arwah mak mertua aku yg sakit sejak sekian lama..Insyaallah makcik tu akan pulang bercuti ( org sakit kronik cmni spend masa yg terlalu lama kt hospital utk treatment yg xpnh abes--sama mcm arwah mak n mak mertua aku, so kalau time raya selaluny depa akan dpt cuti seminggu cmtu la ) kt Kerpan Kedah..N insyaallah rya ke 3 time aku nk beraya d family belah wife aku kt alor setar igt nk p ziarah kt umah dia plk..


Hr ni, mcm biasa aku qeja blk..kwn2 semua dh start cuti..kalau esok xraya, aku akan qeja lg..kalau esok raya SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!maaf zahir batin to all my kwn2, rakan2 photographer, sepupu sepapat, sanak saudara n semua muslimin n muslimat..Assalamualaikum

Fakta Yang Hampir Benar

Saturday, September 27, 2008 | |

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba
kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula
adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

NABI MUHAMMAD MANUSIA AGUNG

Friday, September 26, 2008 | |

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

Untuk mengingatkan kita..

... Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali
segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Pak Lah bg duit raya yay!!

| |

berapa..10sen?
damn right....nonsense

(Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :)
Harga Minyak Global(hari ini)
1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen
Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.

* sumber sahih--who'd

Hikmah BISMILLAHIRRAHMANIRROHIM

Thursday, September 25, 2008 | |


Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz
'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud
'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.'


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :-

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah
BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah
BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap
wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.
Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka
semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut
bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar
semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi
ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas
sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan
sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf
dan malaikat penjaga neraka ada 19 (
QS.AL
<
http://qs.al/> Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud
berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap
hari.'


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
(penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah
kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga
yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang
tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka
akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21
kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari
gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50
kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
kehebatan kepada si pembaca.




Sabda Rasulallah, 'siapa

yang menyampaikan satu ilmu dan orang

yang mengamalkannya maka dia akan

beroleh pahala walaupun sudah tiada....'

Some things to share

| |


Dipetik drp http://sitisifir10. blogspot. com


Bismillah, ala pakai magnet tak jadi ke nak tarik suami? Ha ha…terlintas ke tajuk ini membuatkan saya ingin mengulang beberapa idea yang dilontarkan di dalam artikel asal tuannya. Mungkin ada yang boleh dimanfaatkan oleh kita para isteri tapi utk suami, tak aci aa kalau kita jenus tarik tapi korang suami asyik tarik ke lain pulak..ikutlah (hargailah) tarikan geng-geng kitorang nis…

• Selalu berdoa agar suami menyayangi kita  kat mana betulnya? Sebab hati suami itu adalah milik ALLAH SWT. Maka menjadi hak ALLAH utk mengatur hati si dia bagaimana. Sebagai hamba, hendaklah kita rajin berdoa kerana orang yang berdoa itu dekat dengan ALLAH SWT.

• Prihatin  tanpa bertujuan merimaskan, soallah XTVT harian diorg. Namun perlulah diingat jangan la nampak mcm polis yang tangkap penjenayah walaupun kadangkala suspek kita itu kelihatan benar-benar sedang melakukan kesalahan. Maksud saya tentang prihatin adalah, amik tau susah senang dia kat opis tadi. Kalau dia enjoy, kita pun tumpang hepi kan, dan kalu dia tensi, tumpang2 aje geram dia utk kasik dia semangat.

• Masa berkualiti  musti mau ada masa duduk setempat dan duduk rapat2. kalau can besar gi dok peluk2 atas katil ke. Memang kite surirumah bz banget layan anak lagi, layan keje umah lagi tapi kite punya suami kalau tak dilayan nnt lagi berat la kes dia.

• Hadiah  boleh tya kesukaan dia (kalu baru kawin) pada keluarga terdekat. Kalu dah lama kawen, takkan takleh tangkap taste dia lagik kan. Biasa diorg ni tak appreciate benda yg besar2 sangat tapi benda yg kita nk kasi musti touching mcm masakan. Tapi kalau masak sedap2 tapi tak cakap, ‘this is special 4 u’ maka susah la jadik spesel..

• Pujian  biarlah dia tak encem, kate jek dia encem sbb dah dia suami kan? Jangan berani2 kata org lain encem tau…tak baek…benda lain yg wajib puji adelah apa sumbangan dia pada kita mcm tolong sidai kain ke, even dukung anak sementara kita masak ke…

• Pujuk  yg ni tak semua laki nak. Ada yg prefer dia sejuk sendrik je, maka biarla dia sejuk sendiri, takyah susah2 nk kipas kasi sejuk. Tapi kalau dia hya akan sejuk dgn kita mengipas, maka kipas cepat2, kalau tak buat susah je gaduh lama2. kang nk mintak tolong gi kedai pun kita yg terkial-kial….

• Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama bila bersiap  ha ha, yg ni mmg basically org perempuan ramai gitu, pelik ek... suami ekceli kene cakap nk kluar kul 5 if u all wish nk bertolak kul 6..ha ha. Tapi ye jugak kita org perempuan, bagi saya guidelinenya, biarla kemas tudung dan baju bergosok. Kalau yang tu dua bergosok saya dah tak runsing sbb saya siap2 tak guna cermin.

• Ucapkan tenkiu kat suami kalau dia bgtau nk balik lewat. At least dia tak buat kita risau. So, selalu la pesan kat suami kalau dia nk balik lewat ke, nk gi out stesen ke, tolong bgtau ek…

• Bila suami mintak tolong, jangan berlengah-lengah. Sebenarnya saya rasa pesanan ni seswai lagi kat org laki sbb yang biasanya diorg ni kot yg sll berlengah..ha ha…ade sape tak setuju?

• Ucapan sayang  sekalipun kita panggil dia sayang, tapi dia panggil kita ‘ehem,ehem’ jangan putus asa. Sll bgtau yang kita sayang kat dia…kasik dia cair dgn itu punya kata-kata

• Kalau kita marah, jangan bising2  buang karan jek kalau kecoh2 nis.. Sllnya diorg sedar kita marah so, diam sampai rasa sejuk, bgtaulah ape yg kita marahkan sangat tu secara sopan…jangan tengking2 ek…

• Bagi perhatian  kalau suami bercakap, eloknya tgklah muka dia, dan dengar agar kita boleh respon kalau seswai. Walaupun kalau kita cakap dia lagi suka tgk paper atau formula 1 kat TV tapi jgn layan dia mcm dia buat tu.

• Peluk suami  nak peluk sape lagi kalau tak peluk suami? Bila kita peluk suami kita, akan mengalir elektrik yang berarus tinggi hingga ada kejutan dalam hatinya. Hasilnya, dia akan lebih kasih pada kita insya ALLAH. Berapa kali mau peluk? Saya tak nak bg setting tap ink bgtau kalau ada peluang, peluk je…jgn tangguh2..

• Bab tepon  kalau suami jenis kerap jumpa customer, atau suami sll handle meeting baik jgnla tepon kerap2..nnt buat kacau jek. Dia pun risau org kata dia kene Queen control dgn kita. Tapi kalau dia suka, tepon la dgn kerapnya…atau SMS kan lebih mudah…

• Kaedah mintak tolong  jgn paksa2, as I said tadi, diorg ni sllnya amik masa sikit seblom buat apa yg kita mintak. Kalau dah kompem dia tak suka satu2 keje sbg cth basuh pinggan, so jgn la paksa kang kesudahannya lain je la..

• Jaga penampilan  walaupun kita tak lawa, tapi kene la sikat rambut kasi lawa, ikat la kalau mengerbang, bau jangan bucuk esp seblom masuk tidur

• Ajak dating  sekali-sekala cari masa utk berdua dengan dia jek…

Sebenonya, teknik ni biasa2 je tapi ramai yg tanak biasakan. Ramai dari kita yang lebih rela membiarkan ‘fasa mendatar’ dalam perhubungan berlangsung begitu lama sehingga menjadikan keadaan susah untuk dibaiki. Saya sarankan sebeku mana sekalipun hubungan kita suami isteri, jangan kekok2 utk kembali mesra. Walaupun nampak teruk utk mula, tapi lama2 ‘alah bias tegal biasa’ kan? Kadang2 tu sambutan dari pasangan juga membantutkan tapi jgn lemah dengan sambutan dingin tu. Belasah jek slow2..baik ada sikit dari takde langsung kan????

Oh Candice Night!

Wednesday, September 24, 2008 | |

Hr ni trsgt la boring, tp mmg xdapat dinafikan bulan posa ni produktiviti aku terasa sguh menurun..hehe, dugaan2..
apa lg, dok surf youtube cr blackmore's night..ni mmg faveret band aku..

Namakan Proton

| |

Salam, smlm dok ym dgn member aku..dia pass link ni ..so pada sapa2 yg nk try bgsla..mana tau Allah kurniakan rezeki proton MPV ni..

Klik disini

HOROSKOP

| |

Pada sesiapa yg suka baca, mulai ari ni x yah la buat/....
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

E-Quran

Friday, September 19, 2008 | |

Salam..Mula2, terjumpa benda nie di Blog Silmi. Pastu jmpk plak kt blog Along Mikagami, pastu tanpa berpikir panjang trs kol mikagami n tny cmna nk masukkn dlm blog saya ni n taraaaaa....Anda boleh mendengar bacaan Al-Quran dari 60 qari secara streaming. Jadi tak yah download apa-apa dah. Boleh letak di website anda codenya atau diinstall terus ke windows atau mac atau terus ke Facebook anda!Ataupun anda boleh dengar melalui blog saya. Saya akan letakkan di widget blog saya.--( along, aku ada copy ayat hg sket.. :) )

Last Week

Monday, September 15, 2008 | |



Last week at Midvalley....

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim FMDC Utara dan Muslim Aid Asia.

| |

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim FMDC Utara dan Muslim Aid Asia.

Dah selalu kita buat majlis menggembirakan diri2 kita, sesekali kita buat Majlis menggembirakan org lain pulak. Setelah perbincangan dibuat bersama kawan2 FMDC sekelian dalam YM dan HP,

Programe yang difinalize adalah seperti berikut;

Tarikh : 26.09.2008 (Juma'at)
Tempat : Rumah YAKIN AL-WADI (Rumah anak Yatim dan Miskin) Mukim Pulai, Kupang Kedah Darulaman
Jam : 4.30 pm berkumpul di Rumah Desa sebelum berkonvoi kesana. Desa sila up map umah anda*

Rumah anak Yatim ini dihuni seramai 80 orang anak2 yatim dan miskin dari sekitar kawasan Baling. Bajet min yang diperlukan untuk majlis berbuka Puasa ini adalah RM500, jadik kami memerlukan sumbangan dari ahli2 FMDC sekelian.B agi yang ingin menyumbang dan ingin turut serta berbuka bersama-sama berbuka bersama anak yatim ini , bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10/seorang ( ini adalah untuk belanja makan anda, tidak termasuk derma ) .
Manakala untuk sumbangan derma pula tiada had nilai yg ditetapkan

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri majlis ini dan ingin menyumbang kepada anak-anak yatim ini , boleh juga berbuat demikian tidak mengira berapa pun jumlahnya .

Program ini adalah kerjasama FMDC Northern Region bersama-sama Muslim Aid Asia ( http://www.muslimaidasia.com ) dan wakil dari Muslim Aid Asia akan bersama-sama kita memeriahkan majlis ini

Sumbangan boleh dimasukkan kedalam akaun Abdul Hafiz b. Abdul Hamid (Apit Pesona senifoto).Tel : 012-5093750 emel :advertise@pesonasenifoto.com

157018655878 - Maybank
12140061388520 - CIMB [/b]

Sila SMS setelah anda bank in; atau YM : duracoza

Tentatif Program

12.9.08 - Pelancaran akitiviti kutipan sumbangan untuk majlis berbuka Puasa.
22.09.08 - Tarikh akhir sumbangan.

26.09.08
4:30 PM - Berkumpul di Rumah En Desa (0194455853)
4:45 PM - Bertolak ke Rumah Yakin Al-Wadi
5:15 PM - Beramah Mesra dengan penghuni2 Majlis.
- Sumbangan duit raya oleh Muslim Aid Asia
- Sumbangan oleh FMDC Utara (jika ada)
7:28 - Majlis Berbuka Puasa, solat maghrib berjemaah.
8:40 - Solat Isyak dan Tarawikh berjemaah
9:30 - Bersurai



Tentatif program diatas masih boleh diperbaiki jika terdapat sebarang cadangan atau input yg berguna bagi menjayakan majlis ini .
Sekirangan terdapat sebarang cadangan sila kemukakan di sini

Jika program Pre-Ramadhan mendapat sambutan yang menggalakkan , diharap program kali ini juga semeriah sepertinya . Amin .

Nak tengok Rumah Yakin -http://travellingmom.blogspot.com/2007/10/rumah-yakin-al-wadi-kupang-kedah.html

Sunday, September 14, 2008 | |




[ - WEDDING PHOTOGRAPHY -
]


Basic Custom Album Packages
: 1 Custom Album
: 1 Event ( 5-6 Hours of Coverage )
: 1 ( One ) Photographer
: Unlimited Shots in DVD
: FREE Outdoor Session

and the list goes on ACCORDING to your BUDGET

For quotation, mail us, call us, SMS us..We customize your package according to your budget.

Simple isn't it!

IMAGES ALIVE!

______________________________________________________________________________________



[ - PORTRAITURE and EVENT PHOTOGRAPHY - ]

At NAZRI AHMAD The Images, our price per events will be charge per hour



p/s : BELIEVE US, YOU WON"T REGRET choosing us!




- BACK TO HOME -

Rohanida & Alone

Wednesday, September 10, 2008 | |






22 OGOS 2008, berlangsung majlis akad nikah Rohanida n Hasrul Lizam..kedua2 ny berasal dr Kulim..
Turut menyertai aku ialah AzmieIbra http://azmieibra.fotopages.com/
Kepada Nida n hubby, selamat berumah tangga n kalau dh dapat anak nti calling2 la k!

Monday, September 8, 2008 | |

[ Contacting Me ]

I am reachable at

cellular | +6 019 47 99 0 99
mail to : | nazriahmad_theimages@yahoo.com
YM | nazriahmad_theimages
- BLOG-A-PUKE
- flickr


- BACK TO HOME -





NAZRI AHMAD The Images,
( THE IMAGES STUDIO )
Lot 1637, Jalan Junjung, Air Merah,
09000 Kulim Kedah
Tel / Fax : +604-490 5675

__________________________________________________________________________________________________________________________

Sunday, September 7, 2008 | |

[ Leave Us a Message ]

I mean anything for example, check available dates for us to be your photographer, leave your contact number for us to contact you later, how to be a pro photographer, how to makes money in photography, become friends with me kekekekeke, anything will do, etc. ;p




ShoutMix chat widget



- BACK TO HOME -